Total Pageviews

My Anniversary :)

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary Tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

My princess :)

Thursday, December 27, 2012

Arianna's 5 Months Check Up

Assalamualaikum and hye all,

lepak ambil angin petang dengan opah ;)

Arianna is 5 months old already, how times fly. Syukur ya Allah di atas kurniaan anak secomel & sebijak ini.  Doa mama & abah pada Arianna sama seperti semua ibu bapa dalam dunia ni, mengharapkan membesar sihat sempurna, menjadi anak yang baik & solehah, taat kepada Allah, agama & ibu bapa, menjadi cerdik & bijak dan semua perkara yang baik di dunia & akhirat, amin :)

Ni muka dia selepas kena jab. Ceria sengih-sengih je. Kuat anak mama, sayang dia ;)

Semalam 26 November 2012 bawak Arianna pergi check up and suntikan for her 5 months and as expected, dia tak menangis pun. Anak mama strong baby girl tau ;). Berat dia sekarang dah 6.5kg and panjang 70cm. Before before ni pun kalau bawak pergi amek jab, memang dia tak menangis, syukur Alhamdulillah. Senang nak handle. In fact Arianna ni memang sangat mudah dijaga pun, jarang sangat meragam kecuali bila dia lapar ha ha ha. Arianna ni jenis bila dah lapar sangat baru dia melalak, kiranya kena dengan pantas terus menyusukan dia. Kalau lapar sikit-sikit dia buat dekk je, dia suka main-main. Yang paling ketara Arianna ni sangatlah manja and tak boleh berenggang, kalau orang tak layan and buat tak tau kat dia, memang dia marah. Dia nak orang layan, belai, peluk and main dengan dia setiap masa sampailah dia tertido. Tengah tido tu pun, kalau kita bangun dari sebelah dia, terus terjaga. Ha, punyalah manjanya. 

Agaknya punyalah manja sebab tu tak pandai-pandai meniarap lagi ha ha ha. Abes dah asyik berdukung je kan. Adalah meniarap 4-5 kali baru, itupun sebab kitorang biarkan je dia menangis sampai menjerit-jerit, tiba-tiba tengok-tengok dah meniarap sambil menangis ha ha ha, comel je. Pastu bila orang tegur dia and layan dia, terus tersengih and senyum balik, alahai Arianna, mama jatuh cinta berkali-kali kat anak mama sendiri hi hi hi. Lately ni dia tengah growth spurt, tengah malam asyik terjaga 2-3 kali untuk menyusu. Kalau tak dah lama dah dia terjaga sekali je untuk menyusu dan mamanya pun dapat tidur yang berkualiti. Tapi sekarang ni terganggu semula tidur. kadang-kadang tu kalau terlalu penat, ada juga teremosi kat anak, ya Allah, rasa berdosa sangat. Lepas tu cepat-cepat mintak maaf balik sebabnya ada kesan ye kat psikologi dan pembesaran anak-anak. Tapi yerla, mak-mak pun manusia biasa, penat kerja lagi, kerja rumah lagi kan, kadang-kadang teremosi tapi just fikir pahala and anak je jadi penguat semangat. sebab itu, syurga bawah tapak kaki ibu kan ;)

Okielah, banyak work to do. Insyaallah nanti update lagi pasal si comel Arianna ni. Tata ;)

Wednesday, December 26, 2012

Invisible Peel, produk terbaik untuk transform kulit kusam & berjerawat kepada licin & cerah berseri

Assalamualaikum and hye all,

Okieyh, sangat teruja nak share on this product. Ramai yang tau saya pakai produk Cosmoderm untuk my skin care kan? Dah sekian lama guna produk Cosmoderm, almost one year jugalah, barulah tersedar yang Cosmoderm ada produk yang sangat best & hebat rupanya iaitu Invisible Peel Day Renewal Activator & Invisible Peel Night Revival Essence

Macam mana saya discover pasal produk ni? Actually sejak mula bekerja ni, saya selalu takder masa nak membelai kulit wajah. Sebab almost hari-hari balik lambat, pastu uruskan anak lagi, dengan berjaga malam lagi sebab baby comel kenit itu meragam or nak menyusu, kemudian stress stress dan stress. Akibatnya kulit jadi kusam, jerawat naik and nampak tak bermaya je. saya fikir eh ini tidak boleh jadi, mana boleh camni. Kena jaga muka sendiri sebab kalau kita tak jaga siapa lagi pulak nak tolong jagakan ye tak? Allah dah kurniakan kita sebaik-baik rupa untuk hambaNya, jadi kenalah mensyukuri nikmat Allah dan menjaga sebaik-baiknya betul tak?

Jadi saya terus whatsapp Kak Nana, Marketing Manager untuk Cosmdoerm laju-laju and tanya apa produk yang sesuai. Kak Nana lah yang suggestkan Invisible Peel Day Renewal Activator & Invisible Peel Night Revival Essence ni and turns out that produk ni favorite Duta Cosmdoerm, Elya Shazleen jugak hi hi. Patutlah kulit Ela sangat cantik & licin je ye. 

So far saya dah pakai 2 weeks ++ and Alhamdulillah kesan dia memang dah nampak. jerawat saya dah kecut, kering and untuk hilangkan parut dia, saya pakai Cosmoderm Vitamin E Oil 15,000 I.U. with Rosehip Oil. Selain dari tu jugak, kulit dah makin halus and makin licin, syukur. lega sangat-sangat. Kalau tak dah nak menangis dah tengok kulit jadi macam apa je hu hu hu. Tapi apa yang paling penting, make sure before cuci muka and sebelum tidur, bersihkan muka guna Vitamin E Make Up Remover with Rosehip Oil sebab kalau tak bersihkan, means semua dirt and kekotoran akan melekat and pencuci muka & skrub tak dapat membersih jauh sampai ke dalam. Make sure ingat tau perkara penting ni sebab saya pun selalu lupa nak cuci guna makeup remover jadi kena ingat ingat ingat heheh ;)

So, siapa yang sesuai guna Invisible Peel Day Renewal Activator & Invisible Peel Night Revival Essence? produk ni sesuai untuk yang berkulit normal, ada masalah kusam sebab dia akan membuang sel mati tanpa pengelupasan yang menyakitkan. Peeling with no peeling, sebab tu dinamakan Invisible Peel. Mengandungi ekstrak bunga-bungaan, Vitamin A, Vitamin C, Ekstrak Gingko Biloba meransang pengeluaran kolagen dan sintesis elastin yg membantu memulih dan menguatkan struktur kulit. Kulit berminyak atau sensitif tak sesuai ye, dikhuatiri akan menyebabkan masalah lain pula.

Harga for both ialah RM59.90 boleh klik sini : http://www.mycosmoderm.com/ECMProductDetails.aspx?intProductID=10953 untuk tengok dan beli ;)

Produk ni ada dua, 

(1) Day Renewal Activator untuk dipakai pada waktu siang. Ianya akan mempercepatkan proses pembaharuan sel tanpa pengelupasan and yang bestnya, dia ada SPF15 sekali untuk melindungi kulit dari sinar UVB. 

(2) Night Revival Essence guna pada waktu malam selepas pakai toner. Ianya akan melembab, memulih dan menguatkan struktur kulit. 

Penggunaan konsisten dan berterusan kedua-dua produk ini akan menghasilkan kulit yang lebih cerah, licin dan berseri. Kesan mungkin dapat dilihat dalam masa 3-4 minggu, bergantung pada kondisi kulit setiap orang juga ye ;)

A happy customer :)

Saya amat-amat menyarankan anda untuk cuba produk ni sebab saya susah and I am totally in love with it.
Owh ya, Cosmoderm juga dah ada di Instagram, just search for @cosmoderm ye. Banyak tips & info akan dikongsi di sana. 

Thursday, December 13, 2012

DreemIka Private Launching & Doa Selamat & Happy Birthday Sayangku Amoi Heaxa. Love love love

Assalamualaikum and hye all,



Baiklah, ini adalah sambungan cerita dari yang Cosmoderm Video Testimony Shooting tu. Shooting abes dalam pukul 1 lebih nak dekat pukul 2 jugaklah, kitorang pun laju-laju salin baju and terus gerak nak pergi ke Shah Alam untuk Private Launching + Doa Selamat for Butik Dreemika. Siapa tak kenal Ika Radiusite kan? Ha, ini adalah pemilik yang sama cuma Dreemika menjual baju-baju yang sangatlah cantik, teringat glitter cardigan dia. uwaaaa, cantiknyaaaa. Actually opening untuk Dreemika adalah on 9 December 2012 tapi sangatlah terharu sebab Ika sudi invite untuk private launch dia which was a day earlier. So dapatlah tengok the whole collection dulu dari orang lain keh keh keh, tapi tak boleh beli lagila. kalau nak beli kena datang 9 December tu hi hi hi. 




Janji dengan Intan before kul 2pm nak ambil dia kat SACC Mall sebab Intan datang kakak dia hantar so kitorang patutnya amek dia tapi malang memang tidak berbau. Kitorang berpusing-pusing dari USj nak ke Shah Alam. Perjalanan yang sepatutnya dekat je tu took us almost an hour, dengan jam lagi hisyyhh. Amoi masa tu dah bad mood dah hu hu hu, nasib co pilot (sayalah tu) menenangkan keadaan ewahhh, Nawal kat belakang dah senyap saja, tak berani bersuara heheheh. Yang patut disalahkan adalah GPS ha ha ha sebab bagi jalan yang jauh siap kena u turn jauh gilerrrrr and kena bayar tol 2 kali lagi. Hampeh betul. Apapun, yang penting kitorang berjaya amek Intan and selamat sampai ke Dreemika even though memang lambat gila.

Sampai je depan SACC Mall, Intan masuk kereta je tapi terus bergambar hi hi hi

Congrats Ika sayang ;) Bangga betul dengan Ika ni, role model untuk entrepreneur muda yang berjaya. So gambar di bawah adalah antara yang sempat berjumpa ;)

Atas: Qyla first time jumpaaaa, Nawal yang comel, Amoi, me, Intan & Vee hot mommy plus Niesya yang gojess
Bawah: Me, Ika,Nawal, Amoi

Me & Qyla, dapat gak jumpa akhirnyaaa. Selalu komen-komen kat Instagram je hi hi hi






Yang bawah tu Desh, anak Vee juga. Owh Vee sangatlah tak rupa macam mak pun. Maintain badan & cantik gile


Diana Amir & Diana Rashid. Sukanyaaa, sebab humble sangat. Yatt Hamzah pun ada tapi tak sempat bergambar.

Adik Ameera pemenang dara.Com. Sungguhla lemah lembut & ayu, memang sangat suka dengan Meera ni

Yang sebenarnya 8 December tu adalah besday Amoi, so kitorang decide nak buat small & simple celebration for Amoi. Jadi belanja dia kat Secret Recipe, sampai 3 kek kau dia, haaaa, kemainnn, overrrr. hehehe Happy Birthday sayangku, semoga kebahagiaan dunia akhirat milik awak, semoga persahabatan ni kekal selamanya & kita sayang awak manyak-manyak.



Ketempoi comel Arianna pun ada, baru amek dia dari nursery. Penat sangat dia terus tertido dengan manjanya kat Nawal. amboiii, Nawal penuh sifat keibuan kot, tu yang Arianna sampai ternganga ha tido. Lenkali nak keluar boleh bawak Nawal keh keh keh



Itulah kisah 8 December yang penuh dengan keriangan & kegembiraan hi hi hi. Daaa~~~

Wednesday, December 12, 2012

Cosmoderm Video Testimony Shooting

Assamualaikum and hye all,

Make up by Angah Cosmoderm. I like, kemas & internationale like cewahh *berangan kau

I was so excited and nervous for the whole last week. Sebab apa? Sebab ada shoot for Cosmoderm video testimony. Mine is for Perfect Sunscreen & Flawless Foundation. Dengan last week yang sangat busy, meeting back to back, hectic workload and all, memang tak sempat nak draft skrip apatah lagi menghafal. Sungguh ketaq lutut, dahlah tengah demam + selsema, suara jadi sengau and besar uwaaa ntah apalah rupanya dalam video tu nanti.

Apapun, harapnya pihak Cosmoderm berpuas hati, mintak maaf awal-awal kalau ada kekurangan. Nanti kita cuba perbaiki lagi he he he. Bila nak tayang?  Tunggu lah hasilnya dari pihak Cosmoderm, adeyy segan segan. 

Dengan Fiza yang kecik molek & lemah lembut

So selain dari saya, bff tersayang Amoi Heaxa pun ada haritu, plus Fiza & Yati. Each represents their own product yang memang diaorang gunalah kan. My theme color is white hari tu tapi tak sempat amek gambar dengan baju putih tu, simply because I hate white color sebenarnya. Memang benci malah tak pernah ada dan tak pernah pakai. That explains why I hate school jugak ha ha ha sebab baju uniform sekolah and tudung semua kaler putih. Putih makes me nampak washed out and huduh giler, not to mention looks FAT too. Tapi sekarang adalah bekerja hi hi hi makanya kena ikut arahan la kan :). 

Kak Nana, orang kuat marketing Cosmoderm ;)
Mekap aritu adalah by Angah, orang Cosmoderm juga. Angah mekap clean and kemas, sukaaaa. Thank you sebab saya buat saya nampak cantik hari tu. Nak mekap sendiri lawa camni memang taklah kan? Tak pandai hu hu hu. Nanti mekapkan kita hari-hari ye boleh tak Angah wakakakaka.




Videographer haritu Atoq (btul ke ejaan camni) and dia sangatlah sempoi, senang nak cooperate. Bila dia pun jenis ok kita pun takderla rasa awkward sangat kan? Even though skrip last minute baru nak buat tapi Alhamdulillah kira okiela. Bayangkan, 1-2 minit before nak start shoot tu baru terhegeh-hegeh nak hafal dialog wakakakak, sabar la sabariah. nasibla semuanya sangat memahami hi hi hi. Apapun, a very nice experience, lenkali panggil lagi hi hi hi. 
Kena apit dengan duta Minaz, Amoi & Nawal. Both pof their dress & kurung sponsored by  Minaz. Cantikkkk, menangis sebab nak jugaaaa
Lepas abes shoot, kitorang bergegas nak pergi private launching butik Dreemika, owner dia Ika radiusite tu hi hi hi, yang tu next entry pulak ye ;)> Daaaaa

Tuesday, December 11, 2012

Puteri Aisyah Zora 1st Birthday Bash. Happy Birthday Sayang Mama !!

Assalamualaikum and hye all,

Birthday Cake Tema Princess Gitu

Happy Birthday my princess Puteri Aisyah Zora. Dah setahun rupanya ye usia Aisyah Zora, mama Cherrie doakan Aisyah Zora membesar menjadi anak kebanggan mommy Aina & abah Herman, muslimah solehah, taat kepada ibu bapa, berjaya & bahagia dunia akhirat, amin :)


Kesayangan .. love love

Macam biasa dah nak dekat sebulan baru entry keluar he he, ampun maaf dipinta sebab memang lama dah nak blog pasal ni tapi tunggu gambar dari OP plak hi hi hi. Takper, yang penting ada kan. Zora's 1st Birthday  Bash buat sekali dengan kenduri kesyukuran kat UKM, Bangi. Macam biasa yang datang mestilah semua kesayangan kan termasuklah pengantin baru Amoi Heaxa tu, yang sempat gak mencelah datang even tengah sibuk pindah and kemas rumah baru hi hi hi. Oh ya, birthday princess demam hari tu. Takper, demam nak cepat besar tu :)


Bila dah jumpa, bergambar aja lebih. Nasib Arianna sangat behave aritu, tido dalam sejam lebih and kemudian baik je even sesiapa pun dukung. Good baby girl hi hi hi, senang mama nak bergamba-gamba keh keh keh

Arianna Hawani & Aisyah Zora hi hi hi. Besar nanti boleh pergi outing & shopping sesama. jadik bestfren macam mama & mommy hi hi hi

 Kat bawah ni semua moments captured by Fakhrul, the OP for the day. TQ Fakhtul sebab captured gambar Arianna yang comel-comel ni. Kemain ye ketempoi mama, sengih mengekek-ngekek bila orang agah dia. Alahai, comelnya anak mama. Arianna ni memang peramah and mudah dijaga, syukur teramat-amat. (Mak mestilah puji anak sendiri kan? Mak mana yang tak? Tapi Arianna memang sumpah comel. Syukur Alhamdulillah)


Alahaiii....... anak mama sayang




Eh ini kenapa tetiba gambar makanan? Sebenarnya nak cakap sambal tempoyak tu sedap sangat. Pedas terangkat, sampai 4-5 tambah hoii

Mommy & Princess. Sama cantik heiiyyy.

Eiii, gelak terkekek-kekek

Nampak sangat saya tak peduli orang dah, makan serius giler ha ha ha 

Excited masa baru sampai hi hi hi



Manja-manja dengan Mama Ceera


Owh her eyes her eyes,  Make the stars look like they're not shining 
Sangat happy hari itu, dapat berjumpa bergosip bertukar-tukar cerita. Semoga persahabatan dan kasih sayang ni kekal selamanya, sayang semua. Amin ;)


Tuesday, December 4, 2012

Opening Rina Salleh Clothing

Assalamualaikum and hye all,

Excitedddd !!!


Yeaaahuuuu !! First of ll, congrats to my dearie Rina Salleh on the opening of her new boutique, Rina Salleh Clothing on last Saturday, 1 December 2012. rezeki newly wed and baby, syukur Alhamdulillah. Semoga terus dimurahkan rezeki hendaknya, amin ;) Saya dijemput ke sana sebagai salah seorang Cosmoderm's  spokesperson untuk Beauty Talk tapi if  bukan sebab Cosmdoerm pun memang I intend to go untuk bagi support and of course, SHOPPINGGGG!!! hahahah 

Untuk yang membuat pembelian, ada mini facial + mini make over and free photo shoot, kemudian dapat goodie bag dan ada refreshment juga. Baju-baju semua lawa, konsep kedai sangat cozy, white and ada sentuhan vintage sikit. I likeee ;) Okielah, jom tengok siapa yang ada masa opening tu dan gamba aktiviti yang ada pada hariitu . lets ;)


Ain, Me, Elya, Ika & Uyun

Barbie Doll sungguh Ain ni tau


Doodle comel comel, setiap pembelian akan disalurkan ke Tabung Bantuan Gaza. Semoga sedekah kita dapat membantu umat Islam di sana

Me, ain & Nanie yang soft spoken


team Cosmoderm + Us, happyyyyyy :)

Cosmoderm & owner, Rina Salleh ;)




Kak Nana tekun melakukan mini facial, untungla ;)

Selepas ni boleh dapatkan produk Cosmoderm di  Rina Salleh Clothing jugaaa ;)


Nadia Bayu pun ada :)


Semua collection pun cantik & sungguh menggoda arghhhhhhhh!!!

Jangan lupa berkunjung ke Rina Salleh Clothing kat Seksyen 7 Shah Alam (atas Pappa Rich), dekat dengan bangunan Jakel tu. Senang saja, jom serbu ramai-ramai & thanks Cosmoderm ;)



My Latest Entry :)

Follow by Email

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...