Total Pageviews

My Anniversary :)

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary Tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

My princess :)

Tuesday, May 29, 2012

Review - ADHA Vitamin C Serum

Assalamualaikum and hye all,


Lama dah tak buat review pasal beauty product yang saya pakai kan? Sebabnya mudah sahaja, saya masih stick dengan menggunakan produk Cosmoderm macam yang saya tulis dalam entry sebelum-sebelum ini (boleh baca kat sini ye). Cuma dalam masa sebulan ni, saya telah menambah satu lagi produk dalam rutin kecantikan saya ewahh, ayat apasal skema bagai ni hehe. Yang sebenarnya serum ni diperkenalkan oleh siapa lagi kalau bukan kesayangan saya, Amoi Heaxa tu kan. Mulanya malas la nak cuba sebab yerla, kulit so far memang dah okie pakai Cosmoderm, takut gak kalau tambah apa-apa nanti jadi lain pulak. Plus, my skin is so sensitive, so silap pakai nanti boleh jadi teruk hu hu hu. Tak ke haru kalau gitu, harun salim bachik takper lagi kah kah kah, okie tak lawak.


Okie, serius serius. Produk yang saya masukkan adalah Adha Vitamin C Serum. Produk Adha ni datang dari Indonesia sebenarnya sebab tu nama dia maybe tak berapa familiar tapi so far ramai juga yang pernah dengar. Selama berpuluh tahun hidup ni, saya memang tak pernah pakai or guna serum pun, yang saya pakai sadalah basic skin care, pencuci muka, toner and moisturiser sahaja. Ini sebab muka saya sensitif kan, so memang stick dengan mana yang sesuai je. Tapi setelah digoda dan tergoda, last-last cuba juga Adha Vitamin C Serum ni. tak berani nak bagitau dari awal sebab saya nak try dulu before berani nak bagitau orang kan? So far saya dah pakai sebulan dan amat-amat berpuas hati. Yang paling ketara saya nampak pada kulit saya adalah jerawat dah tak tumbuh, less oily, blackhead & whitehead berkurang walaupun still ada sebab ini memang masalah utama kulit saya and parut berkurang. But bear in mind, saya masih menggunakan produk Cosmoderm untuk skin care iaitu set Vitamin E yang fungsi dia pun untuk mengurangkan parut. So maybe the combination works well for me, syukur Alhamdulillah la kan ;).

Selain Vitamin C, Adha Serum ni jugak ada kandungan Vitamin E so that's why dia ada fungsi untuk memudarkan parut dan membaiki sel-sel kulit. Cara nak pakai dia senang saja, letak a few drops kat your face, kalau saya kawasan dahi hidung & dagu atau satu cara lagi dekat tapak tangan dan urutkan satu muka dengan gerakan membulat & ke atas. Jangan urut ke bawah ye sebab ia akan mengendurkan kulit tau tau. 

Ini step yang saya gunakan, kalau nak ikut boleh, tak nak pun terpulang :)
  1. Cuci muka guna pencuci muka
  2. Pakai toner 
  3. Pakai  Adha Vitamin C Serum
  4. Letak moisturiser
Basically itu rutin untuk sebelah siang manakala untuk malam saya skip pakai moisturiser, maknanya saya amalkan step 1, 2 & 3 sahaja. Senang je kan?

Kelebihan lain Adha Vitamin C Serum ni ialah dia juga dapat mencerahkan kulit muka tapi so far saya rasa yang bab pencerahan ni tak terpakai pada kulit saya sebab Alhamdulillah kulit saya memang jenis cerah, so tak dapat nak dipastikan bertambah cerah ke apa hehe sebab dah memang warna dia cerah begitu. Yang lain-lain macam saya bagitau tadilah, boleh mencegah jerawat, mengurangkan minyak & parut serta blackhead & whitehead. Saya cuma share apa saya pakai sebab ramai yang tanya, Alhamdulillah produk ni berkesan and works wonderful kat skin saya. Untuk recommend orang, saya nasihatkan cuba pakais erum dia for 1-2 weeks dulu, kalau kulit serasi and menampakkan impak positif, then boleh teruskan penggunaan. Dia jugak ada sabun pencuci muka, krim siang & krim malam. Tapi untuk permulaan, boleh try serum dulu dan kemudian sabun dan kemudian barulah the complete set. Ini sebab setiap kulit kita adalah tak sama kan? Jadi saya tak berani, lagipun saya bukan dibayar untuk buat review ni, sekadar berkongsi infos je ;) Tapi seriously memang produk ni yang saya dengar dari yang telah mencuba memang sangat bagus, jadi kalau nak beli saya nasihatkan beli and cuba dulu untuk 1-2 weeks. Kalau ternyata okie, bolehlah teruskan pemakaian tau.

Okie, nanti ada yang tanya, macam mana nak dapatkan produk ni hehe. Jawapannya, saya tak jual produk ni, yang jual adalah kawan saya, Amoi Heaxa ;). Kalau berminat nak beli boleh email directly to her at amoiheaxa@gmail.com. Harga pun boleh refer pada dia sebab saya tak ingat he he he, saya pun order dengan dia terus je. So, selamat mencuba semua ;)


Wassalam dan  إلى اللّقاء 

10 comments:

Miz Elle said...

produk ini buatkan kulit kita menggelupas tak..? saya nyer kulit dah nipis sebab sblm ni guna produk penggelupasan (konon nak cantik cepat).. Nyesal I.... Thanks fir the info and feedback on advance ya! Muah!

Cherrie Pie Sweety said...

miz elle: depends on kulit dear, if ada banyak sel kulit mati mmg akan ada mengelupas sikit :)

Elena said...

Hi nak tny, vit c serum ni sesuai tak untuk ibu mengandung?tq: )

Cherrie Pie Sweety said...

elena: so far saya pakai time mengandung ok saja :)

Anonymous said...

brpaa rm ye..

die yana said...

Brapa ye beli serum nie ?

Cherrie Pie Sweety said...

boleh email direct to amoiheaxa@gmail.com ye tq :)

Anonymous said...

sya pun ade jual produk adha ni 100% original no fake..bly email sya di ar3qil@gmail.com....

secantikmanis said...

Salam kak.. sy confius la... serum ni cuma ada 1 botol je kan?

Cherrie Pie Sweety said...

secantikmanis: yerp satu seta ada satu botol serum je la. nk bli serum asing pun boleh

My Latest Entry :)

Follow by Email

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...