Total Pageviews

My Anniversary :)

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary Tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Pregnancy Tickers

Lilypie Pregnancy tickers

My Latest Entry :)

Follow by Email

Tuesday, September 13, 2011

Assalamualaikum and hye all,


Ini kisah raya ke berapa yer, saya tak berapa ingat tapi hari Jumaat, jap jap tengok kalendar, oh 4 Syawal rupanya ;). Hari ini saya & adik saya telah dijemput ke open house rumah Rina Salleh kat kampung dia kat Teluk Intan (kitorang sekampung rupanya hehehe). Kalau ada orang tak kenal Rina Salleh ni siapa meh saya bagitau, dia ni pemenang Gadis Melayu Musim Ketiga kat TV9 tu hehehe. Tapi saya kenal dia long before dia join Gadis Melayu tapi masa tu pun dia sudah fames ames hehe, sebab dia juga model muslimah, makeup & grooming tutor and dia jugak pemilik Rina Salleh Collection. Apapun Rina yang saya kenal dari dulu sampai sekarang memang maintain macam tu je, tak berubah, lemah lembut, sopan & tak pernah sombong malah dia yang selalu contact saya huhu, terharu sangat hehe. Sebab tu saya sayang dia ;)


En Helmi Dori Dori & tunang dia, Wana pun ada sekali. Diaorang ni memang setiap tahun sekali je dapat jumpa, itupun dekat open house umah Rina la hehehe. Kebetulan rupanya diaorang pun akan melangsungkan majlis perkahwinan pada tarikh yang sama dengan saya, yeahhhh, seronok and congrats to both of you. Makanan yang dihidangkan haritu sumpah marvelous, banyak giler, ada laksa, ada lauk makanan tengah hari, keli masak merah, udang masak lemak, ikan kembung asam pedas and banyak lagilah. Nak terbeliak mata bila Rina bagitau semua tu masak sendiri, huhu kalau saya lah, memang tak gigihlah sebab malas nak basuh pinggan lepas tu hehehe kagum kagum. Hari tu, saya merupakan juara meratah lauk di mana saya rasa ada lebih kurang 30 ekor udang masak lemak berenang-renang di dalam perut saya sampai orang lain tak dapat merasa hahaha, tamak betul. Sila jangan ikut perangai tak berapa elok ni ye hehe -_-


Yang paling seronok adalah haritu dapat bergambar dengan Samsung Galaxy Tab 10.0 kepunyaan Rina hehehe. Kemain kitorang sakan bergambar sebab kamera dia cantik, menyebabkan muka kitorang semua jadi cantik hua hua hua perasannya la huhuh -_-. Sambil-sambil tu kekonon tryla nak guna Galaxy Tab tu kan, mana tau kot terbeli ke pulak lepas ni sebab macam best la pulak hehehe.



Paling suka gambar ni sebab semua buat muka comel :)

Hehehe, okielah, itu sahaja nak dicerita kali ni. More entries on raya later haha, jangan muntah baca sudah.. daaa :)

www.tips-fb.com

2 comments:

nick dot anis said...

masih dalam mood beraya ye??

Cherrie Pie Sweety said...

nick dot anis: raya kan sebulan ehhe hari2 mood raya :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...